PETALING JAYA – Sempena sambutan perayaan Deepavali tidak lama lagi, syarikat-syarikat konsesi lebuh raya dibawah Kumpulan Gamuda telah bekerjasama menganjurkan Program Sumbangan Prihatin Sempena Hari Deepavali.
Program ini dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Kesayangan Maha yang merupakan antara inisiatif syarikat melaksanakan tanggungjawab korporat sosial (CSR).
Ketua Pegawai Eksekutif Litrak dan Sprint, Encik Sazally Bin Saidi berkata, dia berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu mengurangkan beban kewangan pertubahan itu.
“Kami berharap agar sumbangan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban Pertubuhan Kebajikan ini menguruskan kehidupan seharian anak-anak di sini.
“Semoga sambutan Deepavali kali ini akan menjadi lebih bermakna untuk mereka walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Antara sumbangan yang diberikan adalah bantuan kewangan, barangan runcit bagi keperluan harian, dan juga barangan elektrik kepada Pertubuhan tersebut.
Majlis itu turut dihadiri Encik Shah Rizal Mohamed Fawzi, Ketua Jabatan Komunikasi LITRAK dan SPRINT, Puan Khairani Mohamed Salleh wakil dari KESAS dan Puan Norzana Binti Kasa dari Terowong SMART. – K! ONLINE.














