fbpx

PRN Melaka medan ‘bereksperimentasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
ZULKIFLI MANZOR,
WARTAWAN EKSEKUTIF

Tiada siapa menyangka Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual pada 20 November ini akan berlaku.

Semuanya gara-gara langkah kecundang empat politikus sehingga mencipta satu lagi episod ‘marilah mari’ keluar mengundi.

PRN Melaka muncul tanpa diduga sewaktu rakyat Malaysia mula merasai sedikit kebebasan pada musim pandemik Covid-19.

Segelintir pihak berkata, apa perlu ia diadakan kerana negara menghampiri Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Namun, itulah harga yang perlu dibayar demi menjulang dan mempertahankan sebuah de­mo­krasi.

Bagaimanapun, demokrasi ti­dak buta dan memahami dunia masih berdepan ancaman wabak yang sangat misteri.

Justeru, ada jalan untuk ia digerakkan seiring dengan keperluan menjaga keselamatan dan nyawa.

Seperti dinyatakan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pili­han Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini.

PRN Melaka sememangnya perlu berlangsung demi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di negeri itu.

Malah, menyerahkan semula mandat kepada rakyat adalah kaedah terbaik serta bertanggungjawab.

Beliau juga berpandangan si­tuasi di Melaka berbeza dengan Sabah ketika PRN berlaku pada September 2020.

Ketika itu, penularan Covid-19 di Sabah amat tinggi, manakala vaksinasi pula belum dilaksanakan.

Ketika ini, lebih 90 peratus pengundi (populasi dewasa) te­lah divaksin dan rentas negeri sudah dibenarkan.

Melaka hanya mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 73 DUN di Sabah.

Wan Ahmad turut berpanda­ngan, PRN Melaka akan memberi pengalaman baik kepada SPR untuk pelaksanaan PRU-15.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa hari lalu menetapkan aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan PRN Melaka adalah dilarang.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya. Dr. Yahya Mat Arip turut berpandangan PRN Melaka tidak sama dengan PRN Sabah.

“Ancaman penularan sudah tentu tidak sama berbanding semasa PRN Sabah kerana liputan vaksinasi dewasa yang tinggi.

“Tetapi ancaman penularan masih ada kerana ada golongan belum menerima vaksin dan jika dijangkiti berisiko tinggi mendapat penyakit yang teruk,” kata­nya.

Menurut beliau, golongan dimaksudkan termasuk kanak-kanak dan sebilangan remaja serta mereka yang masih enggan divaksin.

Sehubungan itu, katanya, memandangkan PRN Melaka tidak dapat dielakkan, maka SOP PRN perlu diteliti semula.

Ia termasuk cara berkempen, hari membuang undi, hari penamaan calon dan sebagainya yang sebelum ini melibatkan perkumpulan orang ramai.

“Mungkin PRN Melaka boleh dijadikan ‘field test’ untuk pilihan raya secara maya,” ujarnya.

Kesimpulan berdasarkan pandangan terbabit, PRN Melaka walau bukan sesuatu yang diingini, tetapi ia bakal mengajar sesuatu.

Bagi kebanyakan parti politik PRN Melaka ibarat ‘ujian percubaan’ sebelum menduduki ‘pe­pe­riksaan’ sebenar PRU-15.

Bagi negara, PRN Melaka adalah sebuah eksperimentasi ke­pa­­da pelaksanaan demokrasi se­ma­sa pandemik dan endemik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI