fbpx

Operasi cari dua mangsa jatuh jambatan pulau Pinang diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dan motosikal dipercayai milik mangsa ditemui di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Jambatan Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Usaha pencarian mangsa yang terjatuh di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Jambatan Pulau Pinang dekat sini dilakukan secara digabungkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Jurucakap Maritim Malaysia (APMM) negeri berkata, pencarian kedua-dua mangsa yang disyaki bertindak terjun dalam kejadian berasingan itu masing-masing memasuki hari ketiga dan kedua hari ini.

“Operasi disambung pada pukul 7.30 pagi tadi yang melibatkan lima sektor pencarian meliputi keluasan 29.28 batu nautika persegi.

“Memandangkan terdapat dua kes SAR di lokasi yang berbeza iaitu di jambatan pertama dan kedua, maka keluasan pencarian telah digabungkan,” katanya hari ini.

Jurucakap itu berkata, APMM turut dibantu oleh aset dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 20 tahun dilaporkan meninggalkan motosikal di Kilometer (KM) 12.6, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum terjun ke dalam laut kira-kira 2.40 pagi Selasa lalu.

Sementara itu, di KM 6.8 Jambatan Pulau Pinang arah pulau semalam, lelaki berusia 33 tahun dilaporkan meninggalkan kereta di tepi jalan sebelum terjun ke dalam laut dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang.

Jarak di antara kedua-dua jambatan itu dianggarkan kira-kira 10 km. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI