fbpx

Lirik sensitif, Giselle mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GISELLE

SELEPAS beberapa hari namanya menjadi sasaran serangan netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menyebut perkataan berbaur rasis, Giselle akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi Twitter, penyanyi kumpulan Aespa itu mengakui sedar dengan kesalahan yang dilakukannya ketika menyanyikan sebuah lagu bahasa Inggeris yang mengandungi lirik sensitif.

“Saya mohon maaf kerana menggunakan perkataan salah dalam lirik dinyanyikan tempoh hari. Saya tiada niat untuk melakukannya.

“Saya cuma terbawa-bawa apabila salah satu lagu daripada artis kegemaran saya dimainkan pada waktu itu. Saya betul-betul minta maaf,” tulisnya.

Mengakui kesalahannya, Giselle berjanji untuk lebih berhati-hati sebelum melakukan sebarang perbuatan.

“Saya akan belajar dan lebih berhati-hati dengan tindakan,” katanya lagi.

Beberapa hari lalu, Giselle dikecam netizen kerana menyebut perkataan ‘n’ yang sensitif dalam lirik lagu Love Galore nyanyian SZA dalam sebuah video.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI