fbpx

Amboi! Nazim pun nak ikut jejak Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POTRET bahagia Fizo dan Fazeera yang menjadi ikutan dalam media sosial.

CERITA tentang ahli Kelab Duda Terlajak Konar nampaknya masih belum tamat.

Terbaharu, salah seorang ahli kelab tersebut iaitu Nazim Othman memuat naik sekeping foto yang mengundang tawa ramai.

Mana tidaknya, dia pula meniru foto perkahwinan Fizo Imar dengan isteri, Fazeera Nazri Azrai di sebalik langsir berwarna putih baru-baru ini.

Dalam foto tersebut, Nazim lengkap berbaju Melayu dan memakai tanjak sementara si pengantin pula berdiri membelakangi kamera. Memang sama seperti foto Fizo.

“Mengikut jejak langkah idolaku Fizo Omar,” tulis Nazim diikuti dengan emoji menadah tangan seperti berdoa.

Paling menggamat suasana, Sharnaaz pula muncul dengan komen lucu.

“Kau jangan, siapa nak buat minit mesyuarat persatuan kita,” komennya.

Macam-macam hal ya. Semoga semua ahli kelab tersebut akan bertemu jodoh segera mengikut jejak langkah Fizo.

MIZZ LAHAR: Sehingga kini ramai masih berduka dengan pemergian Allahyarham Mamat Khalid. Agak-agaknya siapa lagi yang akan mengeluarkan karya hebat sepertinya selepas ini?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI