fbpx

Rugi lebih RM4,380 lepas dapat tawaran pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pemandu forklift daripada Felda Neram Satu di sini mengalami kerugian sebanyak RM4,380 pabila dia ditipu dengan tawaran pinjaman tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula 25 Oktober lalu apabila mangsa yang berusia 38 tahun menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali.

“Pemanggil memperkenalkan diri sebagai penasihat kewangan peribadi daripada sebuah bank di Selangor dan menawarkan pinjaman sebanyak RM30,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM404.14 selama tujuh bulan.

“Mangsa berminat untuk membuat pinjaman berkenaan telah menyerahkan dokumen peribadinya kepada pihak terbabit sebelum diminta membuat bayaran proses pinjaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, dalam tempoh dua hari sehingga semalam mangsa telah membuat empat kali transaksi bayaran ke dua akaun berbeza berjumlah RM4,380.

Ujarnya, suspek masih terus meminta wang bayaran proses daripada mangsa menyebabkan mangsa berasa curiga dan tampil membuat laporan polis selepas mengesyaki ditipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI