fbpx

Pasaran perlukan maklumat tepat mengenai alternatif produk bebas rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kekeliruan dan salah faham tentang informasi termasuk maklumat palsu mengenai wujudnya alternatif mengenai produk bebas rokok di pasaran telah menyebabkan ramai orang terus merokok.

Firma penyelidikan bebas, Povaddo dalam satu kaji selidik untuk Philip Morris International Inc. (PMI) mendapati,  masih ramai perokok dewasa tidak memiliki akses tepat mengenai produk bebas rokok selain maklumat yang mengelirukan disebarkan oleh kumpulan-kumpulan yang mendapat penajaan pihak tertentu.

Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Luaran PMI, Grégoire Verdeaux berkata, masyarakat berharap agar badan-badan dan pihak berkuasa kesihatan awam mencapai konsensus saintifik berhubung alternatif bebas rokok yang inovatif dan menyediakan maklumat berasaskan bukti mengenai produk bebas rokok kepada masyarakat, khususnya perokok dewasa.

 “Salah maklumat mengenai alternatif bebas rokok,  lazimnya berasaskan kepada pendapat adalah salah satu isu yang boleh mempunyai kesan kepada dunia sebenar. 

“Mendakap fakta, teknologi inovatif dan sains adalah tanggungjawab bersama industri, pihak berkuasa kesihatan dan kerajaan, ia adalah sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan bagi memacu perubahan positif untuk dunia,” katanya dalam kenyataan.

gambar hiasan

Kaji selidik tersebut melibatkan hampir 30,000 dewasa dari 26 buah negara termasuk  Malaysia yang diwakili oleh 1,105 responden. 

Mengulas lanjut, Pengarah Urusan di Philip Morris (M) Sdn. Bhd., Naeem Shahab Khan menerangkan, hampir lapan daripada 10 responden (79 peratus) bersetuju bahawa perokok dewasa yang memiliki akses dan maklumat tepat, akan bertukar kepada alternatif bebas rokok. 

“Sangat penting untuk menyampaikan fakta dan sains mengenai alternatif lebih baik kepada perokok dewasa bagi mengurangkan kadar menghisap rokok dengan pantas dan saya pasti bahawa semua pihak termasuk badan kesihatan awam dan kerajaan bekerjasama untuk mencapai matlamat untuk merealisasikan misi bebas rokok,” jelasnya.

Selain itu, majoriti besar (95 peratus) perokok dewasa memaklumkan bahawa melalui maklumat tepat mengenai perbezaan daripada rokok adalah satu faktor penting untuk mereka membuat keputusan kepada alternatif bebas rokok.

“Daripada perokok dewasa tersebut, 66 peratus berkemungkinan besar menukar ke alternatif lebih baik (seperti e-rokok atau produk tembakau dipanas) jika mereka mempunyai butiran jelas bagaimana produk ini berbeza daripada rokok dan sains disebaliknya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI