fbpx

Hidap ADHD, Tuhan tarik nikmat bebas memandu – Sharifah Sakinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH SAKINAH

PETALING JAYA – Bukan manja atau mengada-ngada sebaliknya aktres Sharifah Sakinah menjelaskan penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang dihidapinya membuatkan dirinya mudah hilang fokus dan cuai ketika memandu.

Pengakuannya itu sekali gus menepis tanggapan salah segelintir pihak mengenai keputusannya untuk tidak lagi memandu kenderaan sendirir walaupun pernah mempunyai lesen memandu yang sah.

“Ramai yang tidak faham apabila saya memilih untuk tidak memandu lagi. Sebenarnya boleh dan mendapat lesen yang sah serta sudah memandu selama enam tahun tetapi orang label sebagai malas atau manja.

“Semasa memandu, saya kerap hilang fokus. Berangan, cuai dan makin tua semakin paranoid, kegelisahan melampau pun ada,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Tambah pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, disebabkan tidak lagi memandu, dia kini memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailingg jika mahu ke mana-mana sahaja.

“Menempah e-hailing atau minta orang lain pandu kereta ialah pilihan yang lebih baik walaupun tidak terlalu selesa.

“Duduk sebagai penumpang pun drama dan pilihan itu lebih bertanggungjawab.Tuhan tarik nikmat bebas memandu ke mana-mana, tak mengapalah, ada hikmahnya. Ada rezeki lain,” ujar pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka Itu.

Sebelum ini, Sakinah pernah memaklumkan bahawa dia menyedari menghidapi penyakit ADHD selepas menamatkan zaman persekolahan.

Ujarnya, antara simptom yang dialami ialah dia mudah hilang fokus dalam melakukan tugasan harian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI