fbpx

Penyelesaian ringgit-baht lebih meluas Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) mengumumkan peluasan rangka kerja ­penyelesaian ringgit-baht berkuat kuasa 1 Disember ini.

Ia sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperluaskan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan langsung antara Malaysia dengan Thailand.

Rangka kerja mutakhir itu termasuk meluaskan segmen pengguna yang layak dengan mengambil kira rakyat Malaysia dan Thailand yang menetap sama ada di Thailand atau Malaysia, selain merangkumi dasar pertukaran asing tambahan yang fleksibel seperti ke­perluan dokumen lebih ringkas.

Timbalan Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, langkah tersebut akan memberi akses yang lebih meluas kepada perkhidmatan kewangan dalam denominasi ringgit atau baht bagi individu dan perniagaan di kedua-dua negara.

“Melalui rangka kerja tersebut, rakyat Thailand yang menetap di Malaysia juga boleh menggunakan perkhidmatan ini.

“Peluasan ini akan merangsang kegiatan ekonomi antara kedua-dua negara pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh BNM dan BOT semalam.

Rangka Kerja Penyele­saian Mata Wang Tempatan antara Malaysia dengan Thailand dilancarkan buat kali pertama pada 14 Mac 2016, sebelum diperluas pada 2 Januari 2018 selaras dengan me­morandum persefahaman antara BNM dengan BOT yang ditandatangani pada 27 Ogos 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI