fbpx

Penangkapan ‘mat gian’ selesaikan kes pecah rumah RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cyril Edward (tiga dari kanan) pada sidang akhbar hari ini mengenai tangkapan kes pecah PPV di Dewan Jubli Intan, Mersing.

MERSING – Seorang ‘mat gian’ yang sanggup berulang-alik mengangkut hasil curi menaiki motosikal selepas memecah masuk Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Jubli Intan Mersing baru-baru ini akhirnya diberkas.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dengan tertangkapnya suspek berusia 33 tahun itu juga berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah dan kedai dengan jumlah kerugian dianggarkan RM60,400.

Katanya, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Sri Lumpur selepas serbuan dilakukan sepasukan pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada Khamis lalu.

“Aduan berkenaan kejadian pecah bangunan di PPV tersebut diterima pada 16 Oktober lalu yang melibatkan kerugian kira-kira RM4,900.

“Hasil serbuan di rumah suspek menemui barangan dipercayai dicuri dari PPV berkenaan iaitu dua buah monitor jenama HP, sebuah CPU jenama HP, sebuah TV jenama Hisense, sebuah stand monitor dan sebuah portable penghawa dingin jenama Midea.

“Suspek dipercayai berulang-alik ke PPV tersebut untuk mengangkut barang curi berkenaan menaiki motosikal,” katanya pada sidang media di IPD Mersing di sini hari ini.

Jelas beliau, semasa tangkapan polis juga menemui dadah disyaki jenis heroin dan methamphetamin anggaran berat masing-masing 0.49 gram dan 0.22 gram.

Jelasnya, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin selain memiliki tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dan lapan narkotik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI