fbpx

Pembantu tadbir Risda didakwa salah guna wang milik Perkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amran (kiri) dihadapkan atas enam pertuduhan salah guna wang persatuan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu tadbir Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan menyalah guna wang berjumlah RM15,350 milik sebuah persatuan pada lima tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Amran Ghazali, 56, yang juga Ahli Persatuan Kakitangan Islam RISDA Terengganu (Perkit) membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyalah guna wang berjumlah RM15,350 milik Perkit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Mohd. Amran di pejabat RISDA Terengganu pada tahun 2016 dan 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun atau sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Hayatuddin Muhamad.

Hakim Dazuki membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 25 November ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI