fbpx

Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi bantu organisasi lebih produktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairul Adib.

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal menawarkan persekitaran kerja yang mampan untuk para pegawai dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian dasar kerajaan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, inisiatif terbaharu itu akan dilakukan dalam konteks menambah baik kesejahteraan perkhidmatan awam negara ini.

Justeru ujarnya, Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia 2021-2025 yang dilancarkan hari ini diharap mampu menjadikan organisasi lebih sejahtera dan terus produktif.

“Bagi merealisasikan cita-cita murni ini, saya minta penjawat awam tingkatkan keupayaan dinamik, adaptif dan melonjakkan prestasi agar berupaya kembali penuh berfungsi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-25 Tahun 2021 secara maya yang berlangsung selama dua hari sehingga esok.

Ia bersempena dengan sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan sepanjang Oktober ini yang membawa tema khusus ‘Emosi Sejahtera, Keluarga Malaysia Sejahtera #MindaSejahtera.

Persidangan itu turut disertai Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Datuk Pauzan Ahmar dan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia, Datuk Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin.

Mengulas lebih lanjut, Mohd. Khairul Adib yang turut melancarkan pelan tersebut berkata, ia bersandarkan kepada empat teras strategik bagi menyokong pengurusan sumber manusia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI