fbpx

[VIDEO] “Mana lagi baki RM20? Tak cukup lagi ni”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu video mengenai perbincangan dua lelaki berkenaan baki duit top up yang tidak mencukupi.

PETALING JAYA – Mungkin berada dalam keadaan pening ataupun memang lemah dalam ilmu hisab, tetapi gelagat seorang lelaki ini cukup mencuit hati.

Satu klip video yang kini tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang membeli tambah nilai telefonnya yang berharga RM20.

Duit yang diberi lelaki tersebut kepada pekedai adalah bernilai RM50 dan pekedai itu memulangkan bakinya sebanyak RM30.

Namun lain jadinya apabila lelaki terbabit meminta duit baki lagi RM20, jelasnya pemberian baki oleh pekedai tadi tidak mencukupi.

“Betul la tu, awak bagi RM50 beli topup ni RM20, baki dia RM30. Mana adanya tak cukup,” jelas pekedai terbabit.

“Mana ada, ni baru RM30, mana lagi RM20. Tak cukup la duit saya RM50 tadi,” jelas lelaki itu.

Gelagat dua lelaki ini turut mendapat perhatian orang ramai, ada yang menyatakan mungkin lelaki tersebut berada dalam keadaan pening “khayal”.

“Mungkin tengah sedap ni, tapi tak tahu lah mungkin juga memang tak pandai mengira. Lemah aku dengar masalah dorang ni,” kata Jai Lija.

“Lawak la masalah dua orang ni, sampai sudah tak selesai. Ni la hiburan aku hari ni sambil-sambil tunggu gaji yang tak masuk-masuk lagi ni,” jelas Fardzliesham Husin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI