fbpx

Malaysia mampu mengimbangi kuasa-kuasa besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin.

KUALA LUMPUR – Malaysia berupaya mengimbangi cabaran geopolitik kuasa-kuasa besar kerana mempunyai hubungan pelbagai hala mahupun dua hala dengan negara-negara lain.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Malaysia mempunyai kelebihan antaranya hubungan dalam 10 negara ASEAN.

“Berdepan dengan geopolitik kuasa-kuasa besar merupakan suatu perkara yang kompleks dan bukan mudah, tetapi kelebihan ada pada kita iaitu hubungan dengan 10 negara ASEAN.

“Hubungan kita dalam pendekatan pelbagai dengan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA), hubungan secara dua hala dengan negara tertentu.

“Ini meletakkan Malaysia dalam suatu posisi bukan sahaja dapat mengimbangi kuasa-kuasa besar, tetapi pada masa sama cukup dihormati oleh kedua-dua kuasa besar,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (Bukit Bendera-PH) bagaimana FPDA boleh membantu negara menghadapi cabaran ketenteraan masa depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI