fbpx
Maria meminta doa semua agar kesihatannya segera beransur pulih selepas dijangkiti virus maut Covid-19.

‘Kuman dalam darah semakin mengganas’ – Maria Tunku Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Saya Maria Tunku Sabri memohon maaf jika ada salah dan silap dengan sesiapa sahaja.

“Halalkan makan dan minum saya selama ini ya. Baiklah, saya nak berehat ya semua. Sejujurnya saya rasa dah letih dan penat sangat”.

Demikian luahan pengaraca terkenal Maria Tunku Sabri menerusi entri terbaharu dalam Instagramnya yang berkongsi keadaan terkininya dirawat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Selangor selepas disahkan positif virus Covid-19 minggu lalu.

Menerusi video yang dimuat naik, Maria berkongsi mengenai bacaan paras oksigen dan darahnya yang tinggi sebelum ini telah kembali normal namun kuman yang terdapat di dalam saluran darah pada tahap yang amat membimbangkan.

“Maafkan saya tiada berkongsi khabar berita sejak dimasukkan ke Maeps kerana ingin rehat dan pulihkan sakit yang kita tidak nampak.

“Kerana dalaman dan luaran badan nampak susut, apa nak buat dah sakitkan. Bacaan oksigen dan darah tinggi normal cumanya kuman dalam darah semakin mengganas,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan doa dan kata-kata semangat buat bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu agar diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Terdahulu, bekas pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad itu terpaksa dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC), Maeps selepas bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19. – K! ONLINE

POPULAR