fbpx

KD Badik bantu pengawasan Malaysia Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KD Badik diletakkan dalam Skuadron LMS ke-11 TLDM bagi memperkasa pengawasan maritim di Malaysia Timur.

IPOH – Tentera Laut Malaysia (TLDM) menerima kapal misi pesisir (LMS) ketiga, KD Badik yang ditauliahkan secara rasmi ke dalam armada angkatan laut itu pada Jumaat lalu di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah.

Nama Badik dipilih bagi melambangkan semangat kepahlawanan, perjuangan, keberanian dan kekuatan dalam menangkis serangan musuh.

Upacara pentauliahan tersebut telah disempurnakan oleh Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany yang kemudian memakaikan lencana pegawai memeritah kapal kepada Komander Mohd. Sharedzwan Saharudin.

TLDM menerusi paparan dalam laman media sosialnya memberitahu, KD Badik diletakkan di bawah Markas Pemerintahan Armada Timur bagi menguatkan lagi pengawasan maritim di kawasan sebelah sana.

Menurut paparan tersebut, KD Badik yang dibina pada September 2019 di Wuhan, China sebelum siap dan disempurnakan ucapara menamakan kapal pada September lalu.

“Kapal telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia dan belayar pulang ke tanah air sejauh 1,836 batu sebelum tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 25 September.

“Selain KD Badik, TLDM sebelum ini telah menerima kapal pertama dan kedua iaitu KD Keris dan KD Sundang. Ketiga-tiga kapal in diletakkan dalam Skuadron LMS ke-11 TLDM,” ujar paparan berkenaan.

LMS merupakan salah satu daripada lima kelas kapal perang mengikut Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN