fbpx

Isteri didakwa bunuh suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Seorang operator kilang sarung tangan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh suaminya, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh R.Umadevi, 26, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja telah membunuh A.Murgan, 45, di sebuah rumah di Jalan Laksamana 5, Kampung Laksamana, Batu Caves di sini pukul 11.30 malam pada 19 Oktober lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sebelum ini media melaporkan, pertengkaran sepasang suami isteri berakhir dengan tragedi apabila si suami maut ditikam pasangannya dengan besi kaki payung di kediaman mereka di Kampung Laksamana, Batu Caves di sini.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa yang berusia 45 tahun dilaporkan bertengkar dengan isterinya berusia 26 tahun selepas lelaki itu menuduh suspek mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pada mulanya polis menerima laporan pada pukul 12.35 tengah malam daripada seorang wanita memberitahu jiran, suaminya maut disyaki membunuh diri.

Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku pertengkaran di dalam rumah itu apabila mangsa terlebih dulu mengambil sebilah gunting dan cuba menyerang suspek. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI