fbpx

Dua penunggang motosikal maut kemalangan di Marang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Honda EX5 dinaiki Iezfa Ierzunizam yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 35.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Serating, hari ini.

MARANG – Seorang kerani sebuah kedai gunting rambut maut selepas motosikal Honda EX5 dinaikinya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan lain di KM 35.5, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan berhampiran Kampung Serating di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.20 malam itu, Iezfa Ierzunizam Ibrahim, 28, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan muka.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, kemalangan sama turut menyebabkan pemandu kereta Proton Wira, Muhammad Afiq Syahmi Sidek, 22, dan Rusmadi Awang, 49, yang memandu van Nissan Vanette cedera parah.

“Kemalangan dikatakan berlaku selepas kereta Proton Wira cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya tetapi gagal sebelum terbabas lalu merempuh kereta Volkswagen Golf dan van Nissan Vanette yang berada di laluan bertentangan.

“Rempuhan itu menyebabkan van Nissan Vanette terbalik ke bahu jalan sebelum terkena motosikal yang sedang dinaiki Iezfa Ierzunizam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam kes berasingan, Mohd. Zain berkata, seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Padang Jambu, Dungun maut digilis sebuah kenderaan di Kilometer 60.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini pada pukul 9.50 malam.

Beliau berkata, Muhamad Danial Hakim Azmi, 14, maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki motosikal Honda EX5 telah terlanggar pembahagi jalan sebelum terbabas di laluan sama lalu digilis sebuah kenderaan dan tidak berhenti di lokasi kejadian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI