fbpx
DRAMA Tokyo Mer (atas) dan The Resident antara naskhah yang boleh ditonton menerusi Disney+ Hotstar.

Drama perubatan, jenayah terbaik Disney+ Hotstar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JIKA anda mencari sebuah naskhah yang memaparkan kisah anggota bomba menggadaikan nyawa ataupun polis wanita menegakkan keadilan untuk mangsa jenayah, tidak perlu mencari yang lain kerana Disney+ Hotstar menyajikan semuanya.

Sebagai salah satu genre paling popular bagi tayangan dalam televisyen, drama berkaitan tentang dunia perubatan dan kedoktoran serta jenayah menyingkap kisah-kisah mereka yang bekerja dalam bidang tersebut.

Malah turut diselitkan konflik perhubungan dan peribadi.

Terbaharu, terdapat lima buah karya terkini yang dilancarkan untuk tontonan peminat iaitu Tokyo MER (Mobile Emergency Room).

Naskhah berkenaan memaparkan sekumpulan pekerja kecemasan yang bekerja keras merawat pesakit di kawasan kemalangan berbahaya ataupun dilanda musibah.

Mereka menunjukkan kepakaran menggunakan alatan canggih perubatan di kawasan lapang yang besar.

Dengan tenaga kerja profesional yang ramai di sesebuah kawasan, apakah yang akan berlaku sekiranya dua orang doktor yang mempunyai ideologi berlawanan dan kepercayaan terpaksa bekerjasama.

Drama Jepun tersebut boleh mula ditonton bermula 27 Oktober.

MUSIM ke-18 siri Grey’s Anatomy menyaksikan kemunculan semula Dr. Addison Montgomery lakonan Kate Walsh yang sebelum ini ‘berehat’ daripada memegang watak berkenaan selama hampir sedekad.

Sementara itu, drama 9-1-1 yang memasuki musim kelima memaparkan konflik yang lebih dramatik melibatkan kehidupan paramedik, anggota bomba dan polis ketika bertugas.

Tidak ketinggalan menjanjikan jalan cerita menarik dan mendebarkan, drama The Resident musim kelima terus memperjuangkan kisah petugas kesihatan dalam usaha menyelamatkan nyawa manusia setiap hari.

Siri berkenaan mengisahkan tentang sekumpulan doktor dan jururawat di Chastain Memorial Hospital dengan watak utamanya, Dr. Conrad Hawkins (Matt Czuchry) yang berdepan konflik antara kerjaya dan kehidupan peribadi.

Siri kegemaran

Memasuki senarai drama terbaik yang akan menemui penonton dalam Disney+ Hotstar, siri popular Grey’s Anatomy terus melakar sejarah apabila memasuki musim ke-18 tayangan.

Menerusi siri terbaharu kali ini, peminat setia dijangka akan melihat kepulangan doktor-doktor kegemaran mereka di hospital.

Termasuklah kemunculan semula Dr. Addison Montgomery lakonan Kate Walsh yang sebelum ini ‘berehat’ daripada memegang watak berkenaan selama hampir sedekad.

Menerusi musim ke-18, penonton boleh menyaksikan gambaran dunia pasca Covid-19.

Karya terakhir yang pasti mengujakan penonton adalah Station 19 musim kelima yang boleh ditonton setiap hari Jumaat dalam Disney+ Hotstar.

Naskhah berkenaan merupakan ‘spin-off’ daripada siri Grey’s Anatomy dan memaparkan kisah keberanian anggota bomba bekerja dengan doktor-doktor di Grey Sloan Memorial Hospital dalam misi menyelamatkan nyawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN