fbpx

Cubaan bawa lari 12 ekor lembu seludup gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang membawa 12 ekor lembu seludup ditahan PGA di Kampung Nechang, Tumpat semalam. /FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan sebuah lori yang membawa 12 ekor lembu seludup di Kampung Nechang di sini semalam.

Rampasan lembu bernilai RM126,000 dilakukan kira-kira pukul 5.20 pagi semasa pasukan daripada Batalion 9 menjalankan rondaan di kawasan kampung tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, pasukan tersebut telah ternampak sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di jalan Kampung Kajang Sebidang, di sini.

Menurutnya, ketika cuba menahan lori itu, pemandu bertindak memecut laju ke arah jalan Kampung Telaga Bata sebelum PGA berjaya memintas kenderaan tersebut di Kampung Nechang.

“Pemeriksaan mendapati, lori tersebut membawa 12 ekor lembu yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Pemandu, lori dan semua lembu yang dirampas dibawa ke Balai Polis Cabang Empat di sini sebelum diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan bernilai RM226,000.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Binatang 1953. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI