fbpx

Suspek ugut adik, rebut harta pusaka direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok hari ini untuk perintah tahanan reman. - FOTO ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Seorang penganggur direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes ugut adik perempuannya untuk membakar kereta dan rumah keluarga mereka selepas bertengkar berkaitan harta pusaka keluarga mereka semalam.

Perintah reman sehingga Khamis ini terhadap lelaki berusia 30 itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Bachok, Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, tahanan reman itu dikeluarkan untuk melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Subperaturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak membawa kad pengenalan.

Menurutnya, selain itu, suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana menggunakan senjata dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis menahan seorang penagih dadah semasa suspek bersembunyi di dalam sebuah kedai cermin mata di pekan Jelawat di sini semalam selepas mengugut dan bertengkar dengan adik perempuannya mengenai hal-ehwal harta pusaka keluarga mereka.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI