fbpx

KWSP perkenal ciri baharu i-Invest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menggunakan kemudahan layan diri i-Invest KWSP kini boleh membeli sehingga lapan dana unit amanah daripada maksimum lima Institusi Pengurusan Dana (IPD) dalam satu transaksi pembelian.

Ciri baharu itu membolehkan ahli mengakses kemudahan i-Invest dengan lebih baik ketika membuat pilihan pelaburan.

KWSP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, walaupun ahli boleh membeli dana unit amanah dari lebih daripada satu IPD, transaksi yang melibatkan beberapa IPD ini hanya boleh dilakukan melalui Institutional Unit Trust Scheme Advisers (IUTA) yang dilantik dan menawarkan dana dari pelbagai IPD.

Jelasnya, ahli masih diberi pilihan untuk membeli dana daripada setiap IPD individu.

“Selain itu, pengguna kemudahan i-Invest kini perlu menjalani penilaian kesesuaian pelaburan sebelum melakukan sebarang transaksi.

“Penilaian ini akan memprofil tahap toleransi risiko ahli bagi membolehkan mereka membuat pilihan pelaburan yang lebih termaklum,” katanya.

Kemudahan i-Invest KWSP, yang dilancarkan pada Ogos 2019 merupakan platform digital yang menawarkan pelbagai fungsi, fleksibiliti dan kemudahan untuk ahli membuat pelaburan, transaksi serta memantau pelaburan unit amanah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Melalui kemudahan berkenaan, ahli boleh membuat perbandingan antara dana unit amanah yang ditawarkan oleh IPD, melihat senarai gabungan pegangan pelaburan mereka dan maklumat berkaitan kos pelaburan, sejarah prestasi dana serta maklumat statutori yang berkaitan dengan IPD tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI