fbpx

KKM rekod 156 bahan aduan libat 62 syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 156 bahan aduan melibatkan 62 syarikat produk susu formula bayi, makanan pelengkap bayi dan peralatan penyusuan yang telah dibincangkan dalam tempoh dua tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, syarikat tersebut telah dikenakan tindakan penalti seperti amaran bertulis, penggantungan penapisan bahan untuk satu ke dua tahun serta pemberitahuan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

“Tindakan lain iaitu pemberitahuan kepada Persatuan Antarabangsa Pengeluar-Pengeluar Makanan bayi, kenyataan akhbar dan terakhir disenarai hitam bagi pelanggaran Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan yang diadukan.

“Sehubungan itu, KKM mengingatkan semua syarikat produk susu formula bayi, makanan pelengkap bayi dan peralatan penyusuan agar sentiasa mematuhi amalan etika yang ditetapkan di dalam Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, KKM melaksanakan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan sejak tahun 1979 berdasarkan kepada ‘International Code of Breast-milk Substitutes’ dan resolusi-resolusi ‘World Health Assembly’ yang berkaitan.  -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN