fbpx

‘Kalau kendur kita tegangkan, kalau gemuk kita kuruskan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi dangdut, Amelina berkongsi video dirinya melakukan rawatan tanam benang di rahang wajah.

PETALING JAYA – Beauty is pain. Barangkali atas alasan itu jugalah penyanyi dangdut Amelina berani menjalani proses tanam benang pada rahang wajah.

Amelina atau nama lengkapnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 47, berkongsi sebuah video proses ‘mengerikan’ tersebut menerusi Instagram yang mendapat reaksi pelbagai peminat baru-baru ini.

“Saya tak nak jadi orang lain. Kak Long (panggilan manja Amelina) tak nak hidung Angelina Jolie sebab Kak Long rasa hidup Kak Long paling cantik.

“Kak Long tak nak pergi kopak kulit muka sebab nak jadi muka budak 16 tahun tapi dah sah-sah Kak Long 40-an.

“Nantikan jadi Chucky (patung seram Hollywood) pula, ghisau (risau). Itu merubah namanya bukan membaiki,” katanya berseloroh dalam kapsyen video yang dimuat naik.

Luah pelantun lagu Asyik itu, dia hanya ingin menjaga penampilan pada usia yang semakin meningkat.

“Kak Long cuma nak diri yang dahulu, untuk lebih presentable (berpenampilan menarik) setelah dihina selekehlah, dah tualah (tapi memang sedar diri dah tua). Ada Kak Long kisah?

“Sekarang ini, Kak Long menjaga dan menghargai apa yang masih ada. Kalau kendur kita tegangkan, kalau gemuk kita kuruskan.

“Yang penting jangan lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi plastik. Kikis sana sini. Jangan! Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jangan yang kekal,” katanya.

Difahamkan, sebanyak enam benang dimasukkan ke dalam rahang Amelina dan membuatkan ramai tidak senang duduk melihat proses tersebut.

Sekadar informasi, rawatan tanam benang atau dalam bahasa Inggeris, Threadlift bertujuan mengurangkan kenduran dan lipatan kulit di sekitar kawasan rahang, pipi dan leher.

Selepas 10 hari, Amelina berkongsi perubahan pada kulit wajahnya yang semakin tegang dan anjal dalam satu video lain.

“Kak Long dah cakap memang cantik dari 30 tahun lepas kalian tak percaya. Tapi taklah cantik sangat tapi boleh tahanlah.

“Fitrah alam kalau muda itu apapun cantik termasuklah kalian semua. Allah memang bagi kita cukup lengkap.

“Cuma apabila dah berusia, Kak Long yang silap tak jaga, ambil mudah semua dan akhirnya orang kutuk kita belakang-belakang. Mereka perlekehkan kita,” kongsinya dalam satu muat naik video berasingan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI