fbpx

Kadar kebolehjangkitan negara meningkat kepada 0.88

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PETALING JAYA- Kadar kebolehjangkitan atau dikenali sebagai R-naught (Rt) Covid-19 di seluruh negara dilaporkan meningkat sebanyak 0.01 dengan mencatatkan bacaan 0.88 hari ini berbanding hanya 0.87 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bacaan Rt di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan juga melebihi purata bacaan seluruh negara dengan masing-masing mencatatkan sebanyak 1.0.

“Bagi negeri Selangor pula, bacaan Rt ialah 0.95 manakala Sabah (0.92), Pulau Pinang (0.83), Johor (0.88), Kelantan (0.86) selain Melaka dan Putrajaya masing-masing mencatatkan 0.97.

“Kedah pula sebanyak 0.90, Pahang (0.82), Perak (0.81), Terengganu (0.86), Sarawak (0.81) dan Perlis (0.81),” katanya menerusi hantaran Facebook tadi.

Gambar rajah menunjukkan nilai Rt dicatatkan di beberapa negeri hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan 5,666 kes baharu menjadikan keseluruhan kes positif di negara ini mencecah 2,431,716 kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI