fbpx

Efferty bantu pasangan miliki zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Platform PKS

PETALING JAYA – Menimang cahaya mata adalah idaman pasangan yang sudah berkahwin kerana kehadiran anak dalam sesebuah keluarga itu akan menceria dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Bagi mereka yang diuji dengan masalah sukar hamil, pasangan tersebut perlu berikhtiar dengan semangat tanpa rasa putus asa kerana kini terdapat pelbagai alternatif perubatan secara moden atau tradisional ditawarkan di pasaran.

Berdepan dengan masalah lambat mendapat zuriat dan kesuburan selepas tiga tahun berkahwin, pengasas syarikat Efferty International Sdn. Bhd. (Efferty), Dr. Raihana Ismail telah me­lakukan pelbagai usaha termasuk mengamalkan pil kesu­buran.

Bagaimanapun, selepas usaha­wan yang berasal dari Muar, Johor itu mendalami bidang pemakanan dan kesihatan termasuk memahami mengenai faktor kesuburan bagi wanita, ikhtiarnya itu berjaya sehingga hamil anak sulung pada tahun 2015.

“Saya berhenti kerja pada tahun 2015 selepas lima tahun be­kerja di jabatan kerajaan kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak dan keluarga,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, melalui kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut, Raihana, 37, mencuba nasib dengan membuka sebuah klinik di Dungun, Terengganu pada akhir tahun 2015 melalui tajaan daripada Mara.

Klinik swasta tersebut memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan untuk membantu pasangan suami isteri mendapatkan zuriat seperti mana yang dialaminya.

“Ketika itu, saya berjaya membantu kumpulan sasaran dan testimoni tersebut dihebahkan dalam media sosial dan ramai yang berminat tetapi kerana jarak yang jauh di Pantai Timur, ia mengekang daripada operasi perniagaan terus berkembang.

“Klinik tersebut bertahan selama­ empat tahun sahaja sehingga­ tahun 2019 kerana ketika itu, saya tiada ilmu dalam perniagaan dan keusahawanan,” jelasnya.

Akhirnya, usahawan itu nekad untuk menutup klinik sulungnya dan mempelajari ilmu perniagaan dan keusahawanan melalui program secara percuma anjuran Richworks International Sdn. Bhd. (Richworks).

“Melalui program tersebut, saya belajar mendalami pelbagai ilmu perniagaan dan saya memahami konsep memberi manfaat kepada masyarakat.

“Strategi saya adalah menawarkan produk susu Efferty bersama video rundingan kepada pelanggan secara percuma.

“Melalui pengetahuan daripada video tersebut, ia akan me­ningkatkan kefahaman pelanggan mengenai perkara berkaitan kesuburan,” jelas beliau.

Raihana berkata, formulasi susu Efferty dijual pada harga mampu milik dan mereka tidak terbeban dengan kunju­ngan ke klinik seperti sebelum ini selain terpaksa membayar ubat dan pelbagai makanan tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan diri.

Produk Efferty telah mula ­berada di pasaran pada 1 September 2019 dan setelah dua bulan ia berada dilancarkan, syarikat te­lah berjaya membantu lebih daripada 500 pasangan sukar hamil mendapat cahaya mata.

“Kini, selepas 18 bulan berada di pasaran, kira-kira 1,200 pasa­ngan berjaya mendapat zuriat,” jelasnya.

Berkongsi kisah kejayaannya, usahawan ini menerangkan, sepanjang enam bulan pertama menyertai program anjuran Richworks, beliau belajar memahami tentang diri sendiri, membetulkan impian, misi dan hala tuju.

“Sebenarnya misi dan impian wanita terlalu banyak roadblock, isu tersebut perlu dibetulkan dan dalam tempoh pembelajaran tersebut juga.

“Saya meminta maaf kepada semua ahli keluarga termasuk suami kerana sekiranya berlaku sebarang ketidaksefahaman antara isteri dan suami, perkara tersebut akan menjejaskan perniagaan.

“Daripada program percuma, saya beralih kepada program lain untuk menambah baik aspek keusahawanan dan kepimpinan. Akhirnya usaha tersebut telah berjaya menampakkan hasilnya dan syarikat buat kali pertamapada akhir tahun 2019, telah berjaya mencatat jualan RM1.3 juta dan seterusnya bertambah kepada RM5.6 juta,” jelasnya.

Ditanya mengenai pengalaman pahit yang pernah dilalui sebelum ini, Raihana berkata, selain ditipu, beliau juga pernah dirompak di Dungun sehingga hampir menyebabkan dirinya menanggung kerugian sehingga RM500,000.

“Saya juga hampir diisytiharkan muflis pada akhir tahun 2018 sehingga memaksa saya menjual kereta dan menggadai barangan kemas untuk melangsaikan hutang,” katanya.

Hala tuju masa depan menjadi keutamaan syarikat untuk terus berdaya saing dan Raihana bercadang untuk membangunkan kira-kira 10,000 usahawan baharu.

Sehingga kini, terdapat 3,200 ejen di bawah bimbingan syarikat Efferty.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI