fbpx

Anak Paul Walker kini bergelar isteri, Vin Diesel jadi ‘bapa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIN Diesel mengiringi Meadow Walker ketika majlis perkahwinannya yang berlangsung minggu lalu.

MODEL Meadow Walker yang merupakan anak mendiang aktor terkenal Paul Walker dilaporkan sudah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Louis Thornton-Allan pada Jumaat lalu.

Wanita berusia 22 tahun itu berkongsi beberapa keping foto perkahwinannya dengan Allan yang berlangsung di tepi pantai menerusi Instagram.

Memetik laporan E! News, sumber terdekat mengatakan bahawa aktor Vin Diesel mengiringi Meadow pada hari perkahwinannya bagi menggantikan Walker yang meninggal dunia pada 2013.

Selain itu, rakan pelakon Jordana Brewster juga turut hadir pada majlis perkahwinan model itu dan dilihat memeluk erat pengantin perempuan dalam sebuah video.

Sementara itu, Allan menerusi Instagramnya turut memuat naik gambar cincin perkahwinan mereka dengan kapsyen ringkas berbunyi: “Saya cintakan awak.”

Perkahwinan pasangan yang baru mengikat pertunangan dua bulan lalu itu turut menuai ucapan tahniah daripada selebriti popular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI