fbpx

Tinggal 969 helai baju wanita seludup belakang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pakaian wanita yang dipercayai ditinggalkan penyeludup di kawasan belakang sebuah rumah di Kampung Che Da'ah, Gual Tok Deh, Rantau Panjang semalam. FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) menjumpai 969 helai pakaian wanita yang dipercayai ditinggalkan oleh penyeludup di belakang sebuah rumah di Kampung Che Da’ah, Gual Tok Deh di sini semalam.

Rampasan barangan seludup yang bernilai RM38,760 itu dilakukan oleh sepasukan anggota PGA pada pukul 8.30 malam.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, anggota PGA bergegas ke lokasi itu selepas menerima maklumat mengenai penemuan barangan tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan di belakang rumah itu telah menjumpai longgokan guni-guni yang mengandungi pakaian wanita yang disyaki di seludup dari negara jiran.

“Kesemua barangan rampasan dibawa balik ke Kompeni Taktikal PGA, Taman Bakti di sini untuk pemeriksaan lebih lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nor Azizan, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI