fbpx

Takut masuk penjara lelaki punca Sajat lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nut Sajat (kiri) ketika ditemuramah Harith dalam program di YouTube sebentar tadi.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat menceritakan keadaan sebenar yang berlaku sehingga dia terpaksa melarikan diri ke Thailand.

Menerusi perkongsian video ‘live’ di Facebook bersama pelawak terkenal Harith Iskander sebentar tadi, Nur Sajat mendedahkan kronologi perjalanannya yang dibaca semua orang ramai adalah tidak betul.

“Apa yang diberitahu oleh orang ramai adalah tidak benar, perjalanan saya sehingga menyebabkan saya lari semua itu salah,” jelasnya.

Menurut Sajat, dia mula berfikir untuk menyelamatkan diri apabila dia menerima tekanan yang luar biasa dari pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan kemurungan.

“Saya mengalami kemurungan yang amat sangat apabila banyak tekanan yang saya terima, sehingga saya terpaksa mengambil ubat dan mengikuti rawatan mental.

“Saya mula berfikir untuk selamatkan diri sendiri apabila jika didapati bersalah mesti akan ditempatkan di penjara lelaki dan ketika itu saya terpaksa tinggalkan segala-galanya termasuk anak sendiri,” katanya.

Sebelum ini Sajat pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di laman sosial Instagram miliknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI