fbpx

PRN Melaka: Rundingan PN, BN masih berjalan elak tiga penjuru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN IBRAHIM ketika merasmikan Bangunan Pas Selangor di Seksyen 13, Shah Alam, sebentar tadi.

SHAH ALAM – Rundingan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masih dijalankan bagi mengelak berlaku pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Rundingan itu melibatkan antara tiga parti utama kerajaan iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya masih mengharapkan pertembungan kerusi dapat dielak menjelang hari penamaan calon PRN kelak.

“Kita cuba elak tiga penjuru dan rundingan mengenainya sedang dijalankan ketika ini.

“Perkara itu dianggap perlu kerana ketiga-tiga parti hanya akan rugi jika bertembung sesama sendiri,” katanya selepas merasmikan Bangunan Pas Selangor di Seksyen 13 di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti perlu terus bermuafakat bagi mengelak pertembungan dan masalah pembahagian kerusi.

“Jika boleh, Pas tidak mahu bertanding di kerusi yang dimenangi oleh UMNO atau Bersatu di Melaka.

“Saya juga akan berbincang mengenai perkara itu termasuk soal kerusi dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik langkah terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November depan.

“Pas akur dengan arahan itu dan akan menggunakan media sosial sebagai saluran utama untuk PRN berkenaan kelak,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI