fbpx

Lapangan terbang antarabangsa di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY (kiri) bersama Mustapa Mohamed (kanan) dalam sidang akhbar pada Sesi Jelajah Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Sebuah lapangan terbang antarabangsa akan dibina di negeri ini bagi memenuhi keperluan sebuah lapangan antarabangsa untuk Pantai Timur.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada dasarnya kerajaan pusat tiada halangan dalam pembinaan lapangan terbang yang akan dibina di kawasan Perindustrian Gebeng itu.

“Projek ini (lapangan terbang antarabangsa) merupakan perancangan jangka panjang yang akan dibangunkan secara berfasa di Gebeng sehingga 2050.

“Selain pembinaan lapangan terbang bertaraf antarabangsa, ia turut melibatkan pembinaan pusat beli belah, hotel dan sebagainya yang akan dibangunkan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI),”katanya dalam sidang akhbar sempena Sesi Jelajah Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut Wan Rosdy keputusan mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara bersetuju supaya projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa itu dikaji lebih lanjut.

Katanya, projek tersebut mengambil kira keperluan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa di negeri ini dan pantai timur khususnya.

“Ketika ini Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah sedia ada ‘menumpang’ lapangan terbang Pangkalan Udara Kuantan (TUDM),”katanya.

Dalam pada itu berhubung RMK-12, beliau berkata, kerajaan negeri mengemukakan sebanyak 731 projek dengan jumlah kos keseluruhan RM50.571 bilion.

Katanya, daripada jumlah itu, kerajaan negeri menyenaraikan 13 projek mengikut keutamaan pada RMK-12 termasuk tujuh projek pembinaan jalan raya di negeri ini.

Sementara itu, Mustafa berkata, sebanyak RM11.5 bilion diperuntukkan kepada Pahang dalam RMK-11 yang mana RM3.4 bilion dikhususkan untuk projek jalan raya.

“Bagi tahun ini RM326 juta diperuntukkan bagi tujuan itu dan untuk tahun depan (2022), ia bergantung pembentangan bajet yang akan dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat ini,”ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI