fbpx

Dia adik yang baik, selalu ambil berat – Delimawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DELIMAWATI mengakui seakan tidak percaya dengan pemergian Mamat Khalid yang meninggal dunia tengah malam tadi.

PETALING JAYA – “Dia seorang adik yang baik. Dia insan yang paling kerap bertanya khabar dan mengambil berat tentang pelakon-pelakonnya.

“Sampai sekarang saya masih tak percaya akan berita kehilangan dan kematiannya. Tapi itulah hakikat yang perlu diterima kita semua.”

Demikian luahan duka pelakon veteran Delimawati ketika mendapat tahu berita kematian pengarah tersohor negara, Mamat Khalid malam tadi.

Menurut Delimawati, kehilangan pengarah berkaliber itu sangat dirasainya lebih-lebih lagi beliaulah insan yang menaikkan namanya menerusi filem Hantu Kak Limah beberapa tahun lalu.

“Sumpah dan jujur sampai ke saat ini saya masih tak percaya akan berita pemergian dia. Saya dapat khabar sedih ini sekitar pukul 2.30 pagi menerusi rakan-rakan. Mereka bertanyakan saya mengenai kebenaran Mamat sudah tiada.

“Mulanya memang rasa tak percaya dan anggap perkara tersebut tidak benar. Rasa macam betul ke dia sudah tiada. Tetapi itulah hakikat yang kita semua perlu terima,” katanya.

Tambah Delimawati atau nama sebenarnya Delimawati Ismail, dia benar-benar rasa terkilan kerana tidak dapat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Mamat kerana kekangan masa.

“Saya betul-betul rasa bersalah. Niat hati memang nak sangat hantar dia sampai ke ‘rumah’ abadinya.

“Kali terakhir kami berjumpa pun sekitar dua tahun lalu. Kami ada berbincang untuk projek dan naskhah seni seterusnya tetapi Allah lebih sayangkan dia,” katanya.

Delimawati berkata, Mamat disifatkan sebagai seorang adik yang sangat mengambil berat tentang orang lain dan mudah didekati dalam segenap aspek.

Terdahulu, arwah Mamat menghembuskan nafas terakhir sekitar 12.30 tengah malam tadi akibat serangan jantung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI