fbpx
Abdul Latif memuat naik gambar majlis pertunangan dengan wanita pilihannya dalam satu majlis di Kangar semalam.

Abdul Latif bertunang dengan teman zaman sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly, 24, bertunang dengan pilihan hatinya yang juga teman sejak di bangku sekolah dalam satu majlis dekat sini semalam.

Penyumbang pingat emas ketiga negara pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo tersebut telah memuat naik gambarnya bersama tunangnya itu di Facebook miliknya kira-kira pukul 8 malam tadi.

Gambar tersebut dimuat naik bersama ’tag’ individu menggunakan nama @naberss yang membawa kepada akaun Instagram seorang wanita bernama Nabila Farhana.

Dalam kapsyen gambar tersebut, Abdul Latif menzahirkan rasa syukur dan cinta kepada pasangannya serta menyatakan mereka sudah melangkah setapak lagi ke depan.

“Alhamdulillah, first step close. I love you @nabersss,” tulisan Abdul Latif di Facebook miliknya.

Sementara itu, kakak Abdul Latif, Siti Aminah, 34, ketika dihubungi mengesahkan pertunangan tersebut yang berlangsung semalam.

Siti Aminah turut mengesahkan bahawa tunang adiknya tersebut adalah teman wanita yang sudah dikenalinya sejak di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi lagi dan kini bekerja sebagai seorang guru. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN