fbpx

14 ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis akan mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya. FOTO IHSAN JSPT KL

KUALA LUMPUR – Seramai 14 lelaki ditahan selepas memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Samseng Jalanan, Op motosikal dan Op Pelbagai Kesalahan di sekitar ibu negara bermula pada Jumaat hingga awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kesemua individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Bagi Operasi Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Loke Yew, kita telah menahan 4 lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan bersaing.

“Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 17 hingga 21 tahun dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sarifudin turut memberitahu, sebanyak 280 jumlah saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 15 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan serta diarahkan mengubah ke struktur asal.

“Kita akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI