fbpx

Isu MA63: Hari Malaysia antara pindaan dalam Perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan bakal memasukkan istilah Hari Malaysia dalam Rang Undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia bagi merujuk tarikh pembentukannya pada 16 September 1963.

“Inilah tarikh Malaysia dibentuk serta menandakan penamatan kedaulatan Ratu England ke atas Sarawak dan Sabah yang ketika itu disebut Borneo Utara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Hari Malaysia mula disambut sebagai berstatus cuti umum seluruh negara pada 2010 setelah diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada tahun 2009.

Sebelum itu, ia hanya dirai secara tidak rasmi pada 1973 bersempena sedekad pembentukan Malaysia dan sekali lagi pada 1988 sebagai ulang tahun ke-25 atau sambutan Jubli Perak.

Ia kemudian dijadikan cuti am cuma bagi Sabah dan Sarawak dengan diraikan lebih meriah ketika Jubli Mutiara pada 1993, Jubli Koral (1998), Jubli Delima (2003) dan Jubli Nilam (2008).

Ketika ulang tahun ke-50 atau Jubli Emas pada 2013, Hari Malaysia disambut hebat sebagai meraikan kejayaan menghancurkan pencerobohan militan Sulu semasa Op Daulat di Sabah.

Mengulas lebih lanjut, Wan Junaidi berkata, pada ketika ini, tiada langsung disebut mengenai Hari Malaysia pada 16 September dalam mana-mana klausa Perlembagaan Persekutuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI