fbpx

Individu obes berisiko dijangkiti Covid-19 lebih teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti berisiko untuk dijangkiti virus Covid-19 dengan lebih teruk.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan (KKM), Dr. Izzar Anwari Abdul Khani berkata, obesiti boleh menyebabkan risiko untuk dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan Covid-19 meningkat tiga kali ganda manakala untuk dijangkiti dengan lebih teruk meningkat tujuh kali ganda.

“Perkara ini disebabkan ventilasi atau pernafasan semakin sukar kerana kapasiti dan simpanan paru-paru berkurangan.

Izzar Anwari.

“Kanak-kanak obesiti (bawah 18 tahun) yang dijangkiti Covid-19 pula dikaitkan dengan risiko untuk masuk hospital meningkat 3.07 kali ganda dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), bantuan pernafasan mekanikal atau kematian meningkat kepada 1.42 kali ganda,” tulisnya di laman Instagram miliknya semalam.

Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon terkenal, Ummi Nazeera, berkata, berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019 seramai 25% orang dewasa di Malaysia adalah tidak aktif fizikal manakala 50% orang dewasa adalah dalam kategori berlebihan berat badan atau obesiti.

“Obesiti juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Justeru itu, jelasnya, orang ramai perlu mengamalkan diet yang sihat, kekal berat badan ideal, kerap bersenam, kawal tekanan darah di bawah paras 140/90, berhenti merokok dan minuman beralkohol serta benarkan pasangan anda keluar bersukan sebanyak mungkin. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI