fbpx

Bunyi petir sambar pokok macam ‘bom’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian panahan kilat yang berjaya dirakam oleh dashcam.

PETALING JAYA – Satu video berdurasi 45 saat tular di media sosial menyaksikan satu kejadian petir yang menyambar pokok dengan dentuman yang kuat seakan bunyi letupan ‘bom’ dalam satu kejadian di sebuah lebuh raya.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok @kejutartora memaparkan kejadian kilat menyambar sebatang pokok dengan bunyi dentuman yang kuat mengakibatkan percikan api sempat dirakam oleh dashcam pemandu yang melalui lebuh raya yang tidak dapat dipastikan itu.

Rata-rata orang ramai menyatakan kesyukuran tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian tersebut yang difahamkan berlaku pada 18 Oktober lalu.

“Panjang umur penunggang motor itu, lewat sediki sahaja,” tulis Azizi9169

“‘Respect’ pemilik motor itu, boleh kawal keadaan, bunyi petir kuat, naik motor pakai helmet tidak setara kereta,” kata Shah Studio H07.

“Saya pernah jugak (mengalami) ‘experience’ (pengalaman) petir sambar buaian adik, mujur adik tiada dalam buaian itu. Namun bekas petir itu masih ada sampai sekarang,” kata Yellow Teletubbies. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI