fbpx

Beban pencemaran najis babi di Sungai Kereh dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mansor (kiri) meneliti peta lokasi TPSP Pulau Burung di Nibong Tebal.

SEBERANG PERAI – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menaik taraf sistem perparitan di Tasek Gelugor bagi mengurangkan beban pencemaran alam sekitar yang didakwa dicemari najis babi.

Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata kerja naik taraf struktur ‘weir’ dan membuang enapan sungai di kawasan Parit Besar, Parit Kubang Menerong dan Parit Kampung Baharu berupaya mengurangkan beban pencemaran bahan pepejal yang mendap pada dasar parit (sedimen).

“Proses pembuangan enapan sedimen ini akan dilaksanakan sekali dalam tempoh dua sehingga tiga tahun.

“Kali terakhir proses ini dijalankan adalah pada awal tahun ini dan penambahbaikan infrastruktur yang dilaksanakan ini dapat membantu mengurangkan risiko banjir,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal (TPSP) Pulau Burung, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Jabatan Alam Sekitar turut menjalankan penguatkuasaan berkala terhadap 33 kilang termasuk tiga kilang berefluen di sekitar kawasan Sungai Kereh.

“Berdasarkan pemantauan yang dijalankan pada 6 sehingga 7 September lalu, tiga stesen sepanjang sungai menunjukkan kualiti air Sungai Kereh berada dalam Kelas 3, namun pencemaran perlu dikawal dan kualiti air perlu dipulihkan,” katanya.

Awal tahun ini, Kosmo! melaporkan punca pencemaran Sungai Kereh, Tasek Gelugor di sini yang menghantui penduduk sejak kira-kira 40 tahun lalu didakwa berpunca pelepasan najis babi yang dilepaskan dari Kampung Selamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI