fbpx

Warga Indonesia maut bergaduh dengan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang warga Indonesia maut ditikam rakan senegaranya selepas mereka bergaduh di rumah kongsi sebuah kilang papan di Jalan Gambang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu mangsa Ahmad Abdul Rahman,21, ditikam di bahagian dada dengan sebilah pisau.

“Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

“Susulan itu juga suspek yang berumur 33 tahun ditahan dan polis merampas sebilah pisau untuk siasatan lanjut,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari suspek ditahan reman sehingga 28 Oktober depan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek dan berdasarkan maklumat awal suspek dikatakan mengalami halusinasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI