fbpx

Perdana Menteri hulur sumbangan peribadi buat keluarga Mohd. Diya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Fazmi (kiri) menziarahi isteri arwah, Noraida Che Noh, 39, (kanan) ketika menziarahi keluarga arwah anggota Bomba dan Penyelamat di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka. - Foto RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sumbangan peribadi kepada balu anggota bomba Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh yang meninggal dunia akibat lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat di sini Rabu lalu.

Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd. Fazmi Sayid Mohamad kepada Noraida Che Nor, 39, di kediamannya di Taman Krubong Jaya, Krubong.

“Saya menyampaikan salam takziah daripada Perdana Menteri dan mendoakan supaya keluarga ini terus tabah meneruskan kehidupan mereka.

“Perdana Menteri menyatakan rasa dukacita mengenai insiden menimpa Allahyarham Mohd. Diya yang terkorban dalam operasi menyelamat semalam,” katanya ketika ditemui pemberita.

Allahyarham Mohd. Diya, 46, merupakan anggota bomba berpangkat Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP)meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini Rabu lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas pada pukul 3.11 pagi di Hospital Melaka dan selamat dikebumikan di Perkuburan Masjid An- Nur Krubong.

Mohd. Diya meninggalkan seorang balu dan empat anak iaitu Muhamad Daniel Hakime, 18; Nurul Ain Balqis,16; Muhamad Danish Hakim,12 dan Nurul Anisah Ilya, 9. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI