PETALING JAYA – Di sebalik perasaan teruja dan kegembiraan orang ramai untuk pulang ke kampung susulan kebenaran rentas negeri yang diberikan kerajaan, masih ada segelintir ibu bapa yang terpaksa memendam rindu apabila anak-anak mereka tidak pulang ke kampung. Lebih menyedihkan apabila ada dalam kalangan anak-anak yang kebanyakan menetap di Lembah Klang memilih untuk mengutamakan percutian keluarga masing-masing berbanding untuk menjenguk orang tua di kampung. Selain itu, ada juga yang memberi alasan kesempitan hidup akibat ketiadaan wang selain terlalu sibuk bekerja……














