fbpx

Lima kali kena tembak, tapi masih hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemuda itu pernah dihujani peluru tentera rejim Israel sebelum ini

PETALING JAYA – Sumbangan rakyat Malaysia diperlukan bagi membantu seorang pemuda Palestin yang dianggap sebagai wira tidak didendang dalam peristiwa aman “The Great Return March” sekitar tahun 2018 hingga 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, pemuda yang pernah dihujani peluru tentera rejim Israel itu memerlukan bantuan untuk mengharungi musim sejuk bersama keluarganya.

“Badan beliau pernah ditembak di lima tempat oleh penjajah, tetapi Allah takdirkan usianya masih panjang. Ada peluru masuk melalui leher dan meletup dalam badan menyebabkan sebahagian organ dalamannya tidak dapat diselamatkan.

“Ada peluru menembusi dadanya dan keluar dari bahagian belakang tubuh. Ada peluru yang hampir memutuskan saraf tunjangnya, tetapi ‘lari’ beberapa sentimeter menyebabkan beliau selamat daripada lumpuh.

“Hari ini pemuda ini boleh berjalan, berkahwin dan bekerja seperti biasa. Beliau masih bekerja mencari rezeki untuk menyara keluarganya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Muhammad Nadir berkata, wira di Palestin seperti pemuda itu tidak dikenali atau kaya dan hanya mendiami sebuah rumah berukuran kira-kira 7×5 meter yang perlu dibaik pulih sebelum tiba musim sejuk.

Menurut beliau, atap rumah pemuda itu berlubang, dapur hampir roboh dan rumahnya hanya memiliki satu ruang tempat memasak, makan dan berehat selain sebuah bilik tidur.

“Rumah beliau memerlukan sekitar 5,000 dollar sekurang-kurangnya untuk dibaiki serta layak dihuni,” katanya.

Kata beliau, mereka yang mahu membantu penduduk Palestin berdepan musim sejuk boleh membuat sumbangan melalui link winter4gaza.com/winter atau akaun NGO Cinta Gaza Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI