fbpx

Gong Li dituduh hina China kerana pakai kasut Adidas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAPARAN muka depan sebuah majalah yang dikecam ramai selepas Gong Li menggayakan kasut daripada sebuah jenama antarabangsa.

BEIJING – Pelakon Gong Li menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di China selepas dia dituduh seolah-olah menghina negara tembok besar itu selepas dilihat memakai kasut daripada jenama Adidas dalam satu sesi fotografi untuk majalah Vouge China edisi Oktober.

Menurut laporan dalam laman sosial Weibo, pelakon berusia 55 tahun itu dikatakan telah memilih sendiri kasut yang hendak dipakai daripada jenama antarabangsa itu berbanding jenama tempatan.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang tular dalam media sosial, pelakon yang pernah membintangi filem Memoirs of a Geisha itu dilihat mengenakan sepasang kasut dengan potongan tinggi (boot) paras lutut daripada jenama Adidas.

Walaupun dalam foto tersebut tidak terlihat logo jenama itu, namun berdasarkan kredit yang dijelaskan pada gambar itu tertera perkataan Adidas untuk kasut yang digunakannya.

Menurut laporan 8 Days, pelakon yang juga memiliki kerakyatan warganegara Singapura itu juga dikhabarkan memilih semua pakaian yang diperagakan ketika sesi bergambar itu daripada jenama antarabangsa dan tidak memakai pakaian daripada pereka tempatan.

Apabila mengetahui hal tersebut, warga China mula menyerang Gong Li dan mengecam pihak Vouge China dalam laman sosial Weibo kerana menyokong produk daripada jenama asing seperti Adidas berbanding jenama tempatan.

“Dia tidak layak menjadi warganegara China. Pulang sahaja ke Singapura,” kata seorang pengguna laman sosial Weibo.

“Gong Li perlu diboikot kerana tidak mencintai negara sendiri,” komen seorang lagi netizen.

Sejak Mac lalu, negara kuasa besar Komunis itu telah memboikot beberapa jenama antarabangsa seperti Adidas, H&M, Burberry dan Nike selepas mendakwa jenama-jenama tersebut telah melakukan kerahan buruh paksa membabitkan industri kapas di wilayah Xinjiang, Barat Laut China. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN