fbpx

Alec Baldwin tertembak mati kru filem di lokasi penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alec mengejutkan industri perfileman Hollywood apabila tanpa sengaja tertembak mati seorang kru filem menggunakan sepucuk pistol prop di lokasi penggambaran filem Rust.

PETALING JAYA – Pelakon terkenal, Alec Baldwin, 63, mengejutkan industri perfileman Hollywood apabila dia tanpa sengaja tertembak mati seorang kru filem menggunakan sepucuk pistol prop di lokasi penggambaran filem Rust.

Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang wanita yang merupakan pengarah fotografi filem tersebut, Halyna Hutshins, 42, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di University of New Mexico Hospital kerana kecederaan parah.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang turut cedera, Joel Souza, 48, pengarah filem tersebut telah di dibawa ke Christus St. Vincent’s Regional Medical Centre, New Mexico, bagaimanapun keadaannya masih tidak diumumkan oleh pihak berkuasa.

Buat masa ini tiada sebarang dakwaan dibuat kerana pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian tersebut yang disifatkan sungguh malang buat industri perfileman Hollywood.

“Berdasarkan pegawai penyiasat ketika kejadian tembakan itu berlaku mereka sedang merakamkan adegan yang melibatkan penggunaan sepucuk pistol prop.

“Pegawai penyiasat sedang menyiasat bagaimana kejadian berlaku dan jenis peluru yang digunakan,” kata kenyataan rasmi pihak berkuasa.

Difahamkan kejadian malang tersebut berlaku pada Khamis pukul 1.50 tengah hari (waktu tempatan).

Rust merupakan sebuah filem berlatarkan tahun 1880-an dan dibintangi oleh Travis Fimmel, Jensen Ackles dan Alec Baldwin yang juga penerbit bersama filem tersebut.

“Terdapat kemalangan yang berlaku hari ini di set penggambaran filem Rust di New Mexico melibatkan sepucuk pistol prop.

“Penggambaran telah dihentikan buat masa ini. Keselamatan pelakon dan kru menjadi keutamaan kami,” kata jurucakap Alec Baldwin.

Kemalangan tembakan di set penggambaran sehingga menyebabkan kematian bukanlah perkara baharu di Hollywood.

Sebelum kematian, Halyna Hutshins , aktor Brandon Lee yang merupakan anak kepada legenda filem seni mempertahankan diri, Bruce Lee juga menerima nasib yang sama.

Brandon Lee meninggal dunia selepas ditembak oleh aktor Michael Massee menggunakan pistol prop ketika penggambaran filem The Crow pada 1993. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN