fbpx

Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan rekod kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan mencatatkan kluster baharu terdiri daripada tiga kluster komuniti, dua kluster tempat kerja dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi, menjadi antara penyumbang kepada 6,210 kes harian negara.

Enam kluster baharu itu melibatkan Kluster Parit Tiga Belas di Sabak Bernam dan Kluster Industri Jalan Dengkil-Banting di Sepang dan Kuala Langat, Selangor; Kluster Kampung Batu 66 dan Kluster Kampung Bawan di Beaufort, Sabah serta Kluster Taman UA di Jelebu dan Seremban manakala, Kluster Jalan Hutton di Seremban, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah 6,210 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 42 kes import menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,413,592 kes.

“Terdapat 116 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,094 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Dalam masa sama, sebanyak 7,562 kes sembuh hari ini dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,303,583 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 677 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 319 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI