fbpx

Peniaga buah dicekup proses, jual ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Botol air ketum yang dirampas dari seorang peniaga buah dan sayuran di Jalan Kebun, Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Kegiatan seorang peniaga buah dan sayuran mencari ‘duit tepi’ hasil penjualan air ketum sejak dua tahun lalu berakhir apabila diberkas di rumah sewanya di Jalan Kebun, baru-baru ini.

Suspek lelaki berusia 25 tahun itu ditangkap bersama 222 botol plastik air mineral disyaki mengandungi air ketum seberat 333 liter keseluruhan, pukul 8.30 malam pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan itu hasil risikan selama dua minggu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam terhadap aktiviti penjualan ketum sekitar daerah ini dan Klang.

Katanya, berdasarkan siasatan suspek dipercayai memperoleh bekalan daun ketum dari negeri di utara semenanjung.

“Suspek boleh menjual sehingga mencecah 400 botol air ketum sebulan dengan harga RM10 sebotol.

“Setiap 10 kilogram daun yang diproses dapat menghasilkan sehingga 70 botol air ketum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, suspek yang telah berkahwin dan merupakan seorang peniaga tinggal menyewa di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu.

Jelas Baharudin, rampasan 333 liter ketum daripada suspek itu dianggarkan bernilai RM2,220 dan boleh dibekalkan kepada 222 pengguna air ketum jika berada di pasaran.

“Ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau.

“Suspek kini direman selama tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” tegasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI