fbpx

Filem Kemarin selit rakaman video milik ahli kumpulan Seventeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Kemarin mula menemui penonton hari ini menerusi Astro First.

PETALING JAYA – Hampir setahun menangguh jadual tayangan, filem Kemarin akhirnya menemui penonton di Malaysia bermula 21 Oktober (hari ini) menerusi platform pawagam di rumah, Astro First.

Filem arahan sutradara, Upie Guava ini merupakan terbitan Mahakarya Pictures dan telah mendapat kerjasama penuh daripada syarikat pengedaran Horizon Film Entertainment dan Cineplus Asia di Malaysia.

Kemarin merupakan sebuah filem dokudrama panjang yang mengisahkan kejadian bencana Tsunami Banten yang berlaku pada 22 Disember 2018 sehingga mengorbankan ratusan manusia.

Kejadian tersebut sebagaimana ramai tahu, turut dialami sendiri oleh kumpulan Seventeen yang mana ketika itu, sedang membuat persembahan di sebuah pentas yang berlatar belakangkan pantai daerah Tanjung Lesung di Indonesia.

Kejadian tersebut juga telah meragut nyawa anggota kumpulan tersebut iaitu Herman (Gitaris), Bani (Bassist), Andi (Drummer), Oki (Roadman), Ujang (Bass Juruteknik) dan Dylan (Isteri Ifan Vokalis Seventeen).

Menerusi pengalaman yang dilalui Ifan, anggota yang masih tinggal, filem ini menyorot kisah pahit kejadian tersebut selain menyuntik proses perjuangan, persahabatan, kejayaan dan konflik yang dialami Seventeen.

Menariknya, produksi turut menyelitkan video rakaman dari tahun 2003 hingga video semasa tsunami itu berlaku demi menghasilkan dokudrama ini.

Ada antara video yang dipaparkan adalah eksklusif dan didapati daripada kamera Andi (drummer), yang mana kamera tersebut telah ditemui oleh vendor sistem bunyi acara tersebut yang mempunyai rakaman aktiviti kumpulan Seventeen sebelum pentas itu dihentam tsunami.

Dalam pada itu, filem ini juga telah memenangi Anugerah di Piala Maya,Indonesia menerusi kategori Lagu Tema Terpilih Piala Maya 2020, berjudul Kemarin nyanyian Ifan Seventeen.

Malah, filem Kemarin juga telah dicalonkan untuk kategori Filem Dokumentari Panjang Terbaik di Festival Filem Indonesia 2021 yang akan berlangsung pada November ini.

Bukan itu sahaja, Kemarin juga tersenarai dalam Official Selection in the Tokyo lift of Film Festival 2021 dengan tajuk bahasa Inggeris, Tsunami Killed My Bandmates.

Terdapat trivia menarik mengenai filem ini dimana Ifan Seventeen sendiri berasa susah untuk menyanyikan lagu Kemarin memandangkan lirik liriknya berkaitan dengan orang yang akan pergi meninggalkan dunia dan tidak menyangka benar-benar berlaku kepada Ifan sendiri.

Muzik video rasmi Kemarin kumpulan Seventeen Band telah ditayangkan dalam Youtube Rasmi pada 4 tahun lalu dengan 65 juta tontonan pada tarikh 22 Disember 2016 dan kebetulan kejadian itu juga berlaku pada tarikh yang sama tiga tahun kemudian.

Lagu Kemarin juga mendapat ulasan pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga penulis lirik Rozi Abdul Razak apabila turut tersentuh dengan karya ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI