fbpx

Di sebalik ujian ada rahmat – Ebit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi Ebit menerusi hantaran terbaharu di media sosial Facebook hari ini.

PETALING JAYA – “Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat.”

Itu antara perkongsian pendakwah bebas, Ebit Lew menerusi hantaran terbaharu di media sosial Facebook hari ini.

Ebit yang sedang menikmati percutian bersama keluarga di Switzerland memuat naik hantaran tersebut selepas ditanya anak-anaknya.

“Anak-anak tanya, ayah kenapa cantik sangat alam ni ye. Kenapa air sungai dari jauh nampak macam biru? salji cantik langit gunung, semuanya cantik sangat. Walau ambil gambar tak sama macam sebenarnya.

“Siapa jadikan semuanya anakku? Dialah Allah S.W.T. yang menjadikan segalanya. Dialah Allah yang memiliki langit dan bumi. Dialah Allah yang menjadikan segalanya. Pemilik semuanya. Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu.

“Di mana sahaja kita, belajarlah melihat dengan hati, dengan cinta, kita dihantar untuk mengenal cinta-Nya,” katanya.

Ebit turut memberitahu, hanya rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T yang akan membawa ke syurga.

“Anakku walau ke mana kita pergi kita hamba-Nya. Nanti dalam syurga juta-juta kali lagi cantik. Tiada akal yang mempu mencapainya. Syaratnya kita menjadi hamba-Nya dan sentiasa mencari reda-Nya. Hanya dengan rahmat dan kasih sayang-Nya yang akan bawa kita ke sana.

“Jaga solat walau di mana sahaja. Buat Ta’lim. Cerita kebesaran Allah di mana sahaja. Bawa akhlak Nabi S.A.W. balas keburukan dengan kebaikan dan disebalik ujian ada rahmat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI