fbpx
Seorang kanak-kanak maut selepas motosikal ditunggang bersama ibunya dilanggar sebuah lori dalam kemalangan Kilometer 4 Jalan Mawai - Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor pagi tadi.

Anak maut, ibu parah dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut manakala ibunya cedera parah selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah lori dalam kemalangan berlaku di Kilometer 4 Jalan Mawai – Kuala Sedili di sini hari ini.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan berlaku pada pukul 11.55 pagi ketika kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari arah Kuala Sedili menghala ke arah Mawai.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dengan tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori jenis Nissan yang datang dari arah sama.

“Akibat dari kemalangan itu, penunggang motosikal berusia 21 tahun cedera parah. Manakala pembonceng iaitu kanak-kanak terbabit meninggal dilokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera di rawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala mayat kanak-kanak berkenaan dibawa ke Unit Forensik HKT untuk bedah siasat,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu lori dan kelindan, iaitu lelaki tempatan masing-masing berusia 21 dan 25 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI