fbpx

PM ajak rakyat doakan kesihatan anggota bomba nyaris lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Instagram dibuat Ismail Sabri tadi

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan seorang anggota bomba yang nyaris lemas ketika menjalankan operasi penyelamatan di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh, Melaka tadi.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Ismail Sabri meminta warga Keluarga Malaysia untuk mendoakan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah, Mohd. Diya Che Yusof yang masih belum sedarkan diri.

“Ayuh kita semua warga Keluarga Malaysia bersama-sama menadah doa ke hadrat Allah agar keadaan mangsa bertambah baik dan sihat seperti sedia kala.

“Saya difahamkan bahawa hujan lebat di seluruh Malaysia dan ada beberapa tempat sudah dinaiki air. saya menyeru kepada semua agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga,” tulisnya tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang anggota bomba nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah itu berjaya diselamatkan oleh rakan sepasukannya dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan anggota berkenaan tersangkut dalam aliran deras air banjir sebelum kira-kira lapan orang anggota bomba bersama-sama 10 penduduk kampung yang lain menyelamatkannya.

Salah seorang saksi, Md. Yusof Hitam, 68, berkata, keadaan mula kecoh selepas penghuni rumah yang cuba diselamatkan oleh mangsa menjerit meminta tolong. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN